Satu Dua Tiga Empat Lima Enam.

Hah apa benda ni apa benda ni? Takde benda apa pun. Tadi cerita dia aku ni baru je dapat keinsafan untuk menjadi seorang penulis jalanan setelah aku menghadiri sesi lepak bersama puaka puaka yang bijak bestari pada luaran tapi hakikatnya berdaki di celahan kangkang. Ayat describe kemain aku ni. Jadi aku ni seperti yang digembar gemburkan oleh para para tabliq daerah Klang, dah lama tak menulis dalam blog aku ni. So aku fikir, why not aku start a new chapter? Jadi mari menulis.

Ayat permulaan je dah serupa nak bagi khutbah solat Jumaat.

Aku ni sebenarnya ada je benda nak borak tapi macam yang engkorang tau, kalau nak tulis entri baru kat blog ni bukan benda senang. Dia punya dugaan je dah boleh buat engkorang rasa nak mencarut. Aku yang banyak dosa ni jadi makin banyak dosa bila nak buat entri baru. Dahlah banyak dosa, gemuk pulak tu. Jadi aku taknak cerita pasal kegemukan aku atau pasal dosa dosa silam aku, aku nak cerita ni pasal kawan. Haaa jaga jaga cerita kawan ni bukan boleh buat main, silap silap ada je ajak gaduh kat Twitter jap lagi.

KAWAN.

Kawan ni semua orang pun ada kawan. Orang gila yang duduk area bandar Klang tu pun ada kawan. Kalau tak percaya cuba tanya dia, mesti dia kata dia ada kawan. Mesti dia sebut nama aku punya. Sial betul main sebut nama aku orang orang gila ni. Jadi apa jenis kawan yang engkorang ada? Aku ada bermacam macam jenis. Dari yang jenis sarkastik level ubi keledek sehinggalah yang cepat butthurt level ikan emas, semua aku ada. Orang cakap kawan ni toksah pilih pilih, kawan je dengan semua. Jangan pilih kawan, sebab nanti orang terasa. Yelah tak ke merajuk kawan tu kalau engko dah taknak kawan dengan dia. Tak percaya, cuba engko pegi main snooker pastu ajak semua kecuali sorang budak ni. Mesti member merajuk pastu mengadu kat mak ayah dia, jap lagi mak ayah dia jumpa mak ayah engko pastu mengadu. Haa tak ke gitu? Tapi kalau mak ayah dia sampai mengadu kat mak ayah engko, engko jangan kawan lagi dengan budak tu. Jenis yang kuat mengadu ni selalunya perangai serupa malaun tanah sikit. Kalau engko kawan jugak dengan dia maknanya engko pondan. Mampus lah sukahati la aku nak judge engko. Jadi ceritanya kita sebagai manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran dan juga tubuh badan, kenalah jaga hati kawan kita ni. Tapi aku kadang kadang pisang jugak dengan istilah jaga hati kawan ni. Yelah engko bayangkan engko lepak reramai, kekadang bergurau sampai gila beruk punya level gurau, mesti ada yang kecik hati punya. Mesti ada punyalah. Bila dah jadi camni yang tak seronok tu. Sebenarnya benda jaga hati kawan ni boleh jadi betul kalau kawan engko tu jenis yang open minded dan tak selalu terasa bila kena bahan. Fikir satu je, orang yang bahan engko nilah sebenarnya bestfriend engko. Sebab apa? Sebab dia seronok dengan engko, dia tahu engko seorang yang best. And dia tak kisah pun kalau engko bahan dia. Give and take la senang cerita. Engko membahan dan tak kisah bila dibahan. Kalau suka bahan orang lepastu bila engko kena bahan, engko kenalah terima dan redho sambil bertafakur ke hadrat Ilahi. Kalau engko mengamuk, lama lama takde yang nak kawan dengan engko dah. Ada tu memang ada, tapi jenis yang macam engko le. Sebab apa? Orang akan mula Nampak yang engko ni membosankan. Tak fun. Serupa boxer perangai engko. Mana ada boxer yang menyeronokkan dalam dunia ni. Yelah,  bahan sikit je dah nak merajuk, nak marah. Entah amende la spesies yang cenggini. Tapi tu hak engkorang selaku manusia, aku taknak masuk campur.

Tapi kadang kadang aku memikir jugak kan, ada sebab Tuhan ni jadikan kita ni beza beza perangai. Sebabnya inilah. Nak jadikan kita seronok bila berkawan. Baru ada macam macam warna, macam macam cerita. Cuba engko punya kawan tu sama je macam engko serba serbi, eih mau pisang . Elak engko nangis bila lepak dengan dia sebab pisang sangat. Jadi kita ni kenalah ada satu sikap pandai berkawan. Toksah la memilih sangat. Kawan datang dan pergi. Yang pergi ni biarkanlah dia pergi. Mungkin dia dah jumpa orang yang lagi best nak dibuat kawan, sukahati dialah. Bagi aku, selagi orang tu nak berkawan dengan engko, engko hargailah dia. Yelah kadang kadang tu bergaduh benda biasa, tapi sedangkan lidah lagi tergigit. Macam takde kaitan je peribahasa tu tapi pergi mampus la aku punya entri sukahati aku lah.  Kawan ni berharga sebab, diorang nilah yang sebenarnya akan jadi tulang belakang engkorang bila engkorang susah ke amende ke. Takat makwe dengan pakwe engkorang tu, time geli geli seronok la, cuba time susah. Terus jadi tak geli dah. Jahatnya lah aku ni cerita pasal geli geli. Kawan ni jauh mana pun engkorang pergi, mesti end up dengan rasa rindu kat diorang. Serius lah, aku sendiri dah rasa. Kawan ni dah ibarat adik beradik tak sedarah, mesti apa apahal kena sama sama. Kecuali masa dating, berak dan juga mandi. Kalau itu pun nak sama sama jugak, elok bagi penampor je.

Aku taknak cerita panjang lebar. Benda kawan ni masing masing ada plot sendiri. Ikut engkorang lah cemana nak layan plot tu. Sekarang ni aku nak tengok cerita Rapunzel. Best la bodoh cerita tu siap ada mak tiri yang jahat. Sehingga entri yang seterusnya.

Salam.

No comments: