Akal (Guna Cara Apa?)

Punai betul la perangai segelintir kanak kanak kat kawasan perumahan aku ni. Kalau ikut hati dah lama aku sebat sekor sekor, pastu ikat kat pokok mangga pastu masa tengah malam, pasangkan cerita The Conjuring bagi terkencing sekor sekor. Dahlah memekak main "Jambatan Sudah Roboh". Aku selaku belia di kawasan perumahan ni berasa sangat tidak senang dan gelisah bila mereka bermain permainan yang mengandungi unsur Illuminati ni. Kakaka gila tipikal meleis siaa aku ni.

Haa tadi nak jadi cerita aku ni bangun pagi pun pukul 10 . Yelah letih aku ni lain macam sikit. Sebab aku kalau letih, bukan badan sahaja letih malahan minda aku pun letih.. Tak seronok okay minda letih, rasa macam tak dirahmati.  Kita langkah part aku bangun tidur tu sebab kalau cerita pasal bangun tidur ni bukannya boleh bagi pahala pun, jadi aku nak cerita pasal benda lain.

Korek hidung sekejap.

Haa tadi cerita dia aku nengok la cerita Pacific Rim yang power natang tu. Cerita dia pasal ada raksasa macam cerita Otromen tu pastu natang raksasa tu attack bumi pastu manusia manusia yang bijak bestari telah mencipta robot buat fight balik raksasa ni. Ha lebih kurang cenggitu la cerita dia. Tapi aku sebenarnya fokus kat makwe Jepun yang jadi heroin dalam cerita ni, tu je. Nawaitu aku bukan pada jalan cerita. Pastu aku nak cerita satu benda ni lah, pasal adik lelaki aku. Ada ke dia boleh cakap cerita Pacific Rim tu ada unsur mempermainkan agama. Amende sial? Kepala jimbet la. Alasan dia sebab dalam cerita tu ada scene manusia buat wall konon nak halang raksasa masuk, pastu adik aku bantai cakap konon konon wall tu tiru dinding yang menghalang Yakjuj dan Makjuj (engkorang pepandai la buat research aku malas nak cerita lelebih kang ada ustaz internet yang bash aku jap lagi). Aku time tu terus rasa lulz gila babi. Kepala otak dia. Ni lah masalah segelintir dari kita ni. Asal ada scene macam pelik sikit, terus heboh cerita kekonon benda tu mempermainkan agama, pastu bebudak sekolah agam cam adik aku ni lah yang first sekali telan mentah mentah. Aku time tu tanpa beragak agak terus gelakkan adik aku tapi time tu dia pun sedar kebodohan dia . Nasib baik dia sedar. Kalau dia tak sedar, memang aku sepak dia sampai dia sedar. Bukan apa, cuba lah pandang sesuatu benda tu dari side positif sikit. Engko dapat apa kalau asyik nak blame and tuduh sana sini. Macam kes Pacific Rim ni kan, cuba lah tengok teknologi diorang yang buat movie power natang tu. Ini tak , habis habis filem kat Malaysia ni pasal cinta, pasal semangat 1 Malaysia dengan pasal gangster dan mat rempit acah acah kelakor. Kepala kubis dia la movie cenggitu. Pastu tuduh Pacific Rim ada unsur penghinaan terhadap agama. Kelakor nye.

Ikut engkorang la cemana nak nilai sesuatu benda tapi janganlah nak cepat melatah sangat. Padahal takde amende pon. Tapi tu la aku cerita lebih lebih ni, aku makan tengah hari pun belum. Dah lah. Aku nak makan pastu mengumpat jiran sebelah.

Salam.

1 comment:

Anonymous said...

salam. bro, takde entry baru ke? ke ada blog lain? suka geledah blog kau ni. sengih sat baca. update please. XD